Berita Terkini

TAHNIAH SEKOLAH ANGKAT SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING 2011

Sektor ini ingin mengucapkan tahniah kepada 9  sekolah rendah yang menjadi sekolah angkat sektor yang berjaya membantu para pelajarnya berjaya lulus dalam UPSR, Sebanyak 7 buah sekolah yang berjaya meningkatkan bilangan pelajar lulus semua A dan bilangan lulus minima gred C serta GPS sekolah. Sekolah-sekolah itu adalah SK Tedong, SK Kemuning, SRA JAIM Batang Tiga Timur, SRA JAIM Al Falah, SK Kampung Tengah, SK Chinchin, dan SK Seri Mendapat. Dua buah sekolah angkat lagi perlu meneruskan usaha meningkatkan pencapaian UPSR mereka iaitu SK Paya Dalam dan SK Kerubong.

Kami juga ingin merakamkan penghargaan tahniah kepada ketiga-tiga sekolah menengah yang menjadi sekolah angkat sektor kerana berjaya dalam keputusan PMR 2011. Mereka berjaya melahirkan pelajar cemerlang lulus A dalam semua pelajaran. Sekolah-sekolah itu ialah SMK Seri Bemban, SMK Ade Putra dan SMA JAIM Al Ahmadi.

Kami doakan semua Guru Besar/Pengetua, guru-guru, staf sokongan dan para pelajar semua sekolah angkat sihat sejahtera dan meneruskan kejayaan pada masa akan datang. 



MESYUARAT PENGURUSAN SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
BIL. 1 TAHUN 2012


Tarikh : 6 Januari 2012 (Jumaat)
Masa   : 9.30 pagi 
Tempat: Pejabat Sektor Psikologi dan Kaunseling (Aras 2)


Semua pegawai dan staf sokongan diwajibkan hadir.
Terima kasih



SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING SEDIA BEKERJASAMA DENGAN TIMBALAN PENGARAH BARU

TUAN HAJI KASIM BIN MOHAMAD
TIMBALAN PENGARAH

Kami warga Sektor Psikologi dan Kaunseling amat mengalu-alukan kehadiran Tuan Timbalan Pengarah yang baru. Kami doakan agar Tuan terus ceria dan sihat wal afiat di sepanjang masa berkhidmat di Unit Pengarah, Jabatan Pelajaran Melaka.


PROGRAM SEKOLAH ANGKAT SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING TAHUN 2012

Kami telah mengadakan mesyuarat ini bersama Pengetua/Guru Besar dan GPK 1 atau wakil dari 9 sekolah rendah dan 4 sekolah menengah pada 2 Februari 2012. 13 buah sekolah angkat kami adalah

A.  Pegawai Angkat - Encik Mohamad Isa bin Jolan
      1.   SRA JAIM Merlimau Pasir
      2.   SK Tanjung Bidara
      3.   SK Limbongan
      4.   SMA JAIM Asyakirin
      5.   SMK Hang Kasturi

B.  Pegawai Angkat - Tuan Haji Roslan bin Abdul Ghani
      1.   SK Ramuan China Besar
      2.   SMKA Sultan Muhammad (Asrama)
   
C.  Pegawai Angkat - Tuan Haji Mat Sah bin Othman
      1.   SK Seri Bemban
      2.   SK Sungai Rambai

D.  Pegawai Angkat - Encik Sha'ari bin Bujang
      1.   SK Othman Syawal (Asrama)
      2.   SK Ayer Pa'abas

E.  Pegawai Angkat - Puan Salina binti Sarif
      1.   SK Alai
      2.   SMK Seri Kota (Asrama)

Antara aktiviti dalam Program Sekolah Angkat ini adalah
1.   Motivasi Guru
2.   Motivasi Ibubapa
3.   Sumbangsaran Dengan Guru Mata Pelajaran (UPSR/PMR/Warden)
4.   Pencerapan Amalan Elemen Psikologi Dalam P&P
5.   'Collaborative Organisation'
6.   Menyertai Solat Hajat bersama murid
7.   Kajian Keberkesanan Program.

Akhirnya kami berharap Program Sekolah Angkat dapat mencapai objektif berikut
1.   Membantu merancang aktiviti peningkatan akademik murid
2.   Meningkatkan konsep kendiri dan kecerdasan emosi murid dan personalia
3.   Membantu membina iklim P&P di sekolah dan iklim pembelajaran di asrama

Doakan usaha Sektor Psikologi dan Kaunseling mengangkat martabat bangsa dan negara dengan merealisasikan visi " SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG".